Wednesday 29 July 2009

Lari...Lari....


Inilah situasi yg dunia sdg hdpi skrg... satu waba' yg tlh menyerang seluruh dunia & mgkin blh m'bawa maut, jika tidak dikawal (dgn izin Allah).Waba' ni mengikut nama dlm IC nyer adalah H1N1, bukannya B1N1... tau!

Alkisahnya, waba' ni tlh pun singgah ke PJB dlm p'musafirannya menyebabkan PJB ditutup krn dia ni dtg bawak mudharat. Biasa org kata tetamu dtg bawak rzki, tp dia ni lain skit, bawak bencana. Tapi dia ni pun makhluk Allah jugak, mgkin ditakdirkan singgah di dunia lantaran byknya perlanggaran perintah Allah oleh umat manusia, krn sst yg b'laku pasti ada hikmahnya...

Ramainya student2 dmm . Maklum ajelah, ndak tak ndak, dah nama institusi ilmu, msti ramai org. Bila ramai, makinlah suka si H1N1 ni b'tndang.... Maka pd petang 27 Julai 09, dgn rasminya PJB diisytiharkan tutup selama sminggu bg mengelakkan keadaan yg lbh buruk....



Notis Perintah Tutup Premis dari Kem.Kesihatan Malaysia

Ni le yg PJB dpt setlh dilakukan Ujian Saringan kpd student2 & staf2 PJB. So, PJB msti dikosongkan secpt mgkin pd ptg itu juga. Bgmanakah kita nnti andai smpai ketikanya bumi menokhtahkan tgsnya, lalu Allah gntikan dgn tiupan sangkakala??? Ya Allah, tidak dpt digmbrkan..!


Jejaka (b'diri) : Hai, nk saya tlg hntar ke rmh ke? Bhy B1N1 ni...oppss, syasul H1N1 ni..
Jejaka (tunduk) : Aik...mana pegi stokin spare aku ni?? Kena bwk balik ni, virus ni very
dangerous

"Ini ada 1 pengumuman, bg staf2 lelaki tidak dibenarkan merempit wpun anda sdg lari
sekuat hati dr H1N1 ni... kata KJ JPA, PJB"



So,ptg tu sedetik je dpt surat rasmi dari pentadbiran yg dikepilkan dgn surat di atas, berdesup manusia2 lari....lari..... meninggalkan kerusi & office masing2...



Pengajaran Hadis Umar dalam menghadapi wabak penyakit

Dalam satu hadis panjang tentang kisah pemergian Saidina Umar ke negeri Syam yang dilanda wabak penyakit Taun, Abdul Rahman bin Auf telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah berkata:


"إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ، فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ. وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ"
Maksudnya:
“Apabila kamu mendapat tahu bahawa ia (wabak penyakit) itu telah melanda satu tempat, maka jangan kamu pergi ke tempat itu (yang telah dilanda wabak penyakit). Apabila ia (wabak penyakit) telah melanda tempat yang kamu sedang berada dalamnya, maka janganlah kamu keluar (dari tempat kamu) untuk melarikan diri daripadanya (wabak penyakit)”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Imam An-Nawawi (676H) telah memberi beberapa penjelasan dan pengajaran daripada hadis ini[1]:

1) Wabak yang dimaksudkan ialah wabak penyakit Taun. Tetapi, ia boleh dimaksudkan untuk setiap penyakit yang melanda manusia dan merebak dengan meluas.

2) Larangan pertama Nabi untuk tidak pergi ke tempat yang telah dilanda wabak penyakit sebagai satu usaha langkah pencegahan dan mengelakkan daripada penyebab bahaya, manakala larangan kedua untuk tidak keluar dari tempat yang dilanda wabak penyakit pula ialah sebagai menerima ketentuan Allah, berdoa dan bertawakkal kepadaNya dengan sabar dan redha. Tetapi, keluar untuk tujuan dan urusan yang penting dan tidak dapat dielakkan adalah diharuskan selagi bukan bertujuan melarikan diri.

3) Pemimpin sesebuah negara/negeri hendaklah turun padang melawat rakyat dan melihat sendiri permasalahan kehidupan mereka bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

4) Apabila pemimpin negara/negeri melawat kawasan di bawah pentadbirannya, hendaklah pemimpin bawahan menyampaikan maklumat dan berita tentang segala yang berlaku di tempat mereka sama ada baik, buruk susah, senang, wabak dan sebagainya.

5) Hendaklah pemimpin itu sentiasa bermesyuarat dan mendapatkan pandangan orang yang berilmu dan ahli dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan perkara dan peristiwa yang berlaku.

6) Melihat manusia berdasarkan kedudukan mereka dan mengutamakan orang yang ada kelebihan dan keistimewaan tertentu daripada orang lain serta memuliakan mereka.

Ulasan:
Segala apa yang dipesan oleh pelbagai pihak hari ini seperti WHO, Kementerian Kesihatan, para pemimpin negara dan sebagainya supaya tidak pergi ke negara-negara yang telah dilanda wabak penyakit Influenza A (H1N1) (kecuali ada urusan yang tidak dapat dielakkan) sebenarnya telah lama dipesan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Begitu juga dengan beberapa pesanan lain menutup hidung ketika bersin dan menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan kita juga telah lama terkandung dalam hadis-hadis baginda SAW.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi SAW telah berkata:


"
إذا عطس أحدكم فليقل: الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه: يرحمك الله، فإذا قال له: يرحمك الله، فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم"
Maksudnya:
“Jika seorang daripada kamu bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah”, dan hendaklah saudara atau kawannya (yang mendengar) mengucapkan: “Yarhamkallah”. Apabila diucapkan “Yarhamkallah” kepada kamu, maka hendaklah kamu ucapkan: “Yahdikumullahu wa Yuslih balakum”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

Islam telah lama mengajar umatnya supaya sentiasa mendahulukan membasuh tangan sebelum membuat apa-apa pekerjaan lain seperti sebelum makan dan minum, ketika mengambil wudhuk, selepas beristinjak, mandi, selepas bangun dari tidur dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:


"إذا توضأ أحدكم فليجعل في أنفه ثم لينثر، ومن استجمر فليوتر، وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يده قبل أن يدخلها في وضوئه، فإن أحدكم لا يدري أين باتت يده"

Maksudnya:
“Apabila seseorang daripada kamu berwudhuk, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian menghembuskannya, sesiapa yang melontar (jamrah) maka hendaklah dalam bilangan ganjil, apabila seseorang daripada kamu bangun dari tidurnya maka hendaklah dia membasuh tangannya sebelum memasukkan (tangannya) ke dalam bekas wudhuknya, (kerana) sesungguhnya kamu tidak tahu di mana d ia meletakkan tangannya (ketika tidur)”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

Oleh itu, sebagai umat Islam, setelah kita mengambil langkah-langkah pencegahan wabak penyakit, maka sebagai makhluk yang lemah hendaklah kita terus berdoa dengan penuh yakin dan bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa agar kita dilindungi daripada ditimpa wabak penyakit yang merbahaya ini. Wallahu A’lam.


[1] Lihat: An-Nawawi, Muhyiddin (676H), Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, 14/425-433, Beirut: Darul Ma’rifah (1997).


2 comments:

  1. Kah! kah! kelakornye ayat k.dina. Us nizam kelako skali siap cari stoking busuk lagi nok wat balik

    ReplyDelete
  2. Mesti nizam maroh bila baca...

    ReplyDelete