Sunday 8 May 2011

HAPPY MOTHER’S DAY

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
( Artikel di atas dicopy dr internet. tq kpd sesiapa yg berkenaan krn berkongsi ilmu)

Habih tu, cter yg kt bwh ni camane????

Dlm perjalanan balik dari ambik Amal & Fifah dr skolah, Khamis 5.5.2011, Amal (the eldest) ckp ummi, cu ummi pejam mata jap? Aku pun ckp camane nk pejam mata, kan ke tgh drive ni? X pe, pejam jaaaap jer… aku pejam 2 saat jer, rupenya bagi envelope, dlmnye ada kad Happy Mother’s Day, beli kat koperasi skolah katanya. “Abis duit amal, ummi” Laa..pulak dah! Ni nak kena baca hadis ttg ikhlas ni ..Heee… Tq my dear..

Esoknye balik skolah si Afifah plak, bg satu lg kad beserta lukisan yg selayaknye standard 1 (phm2 sndiri la..hee…). Bila ditny, mcmana tau Hari Ibu ni, cikgu ckp, suruh wish kt ibu masing2..Begitulah budak2 skarang.Dlu zmn kita, hari hari yg di lalui , x de satu pun yg istimewa kecuali pabila smpai hujung minggu ( heee…blh main pnjt2 pokok, cari buah2 hutan, main beskal, mancing ikan, cari ikan dlm lopak & pelbagai aktiviti yg lasak x kira jantina) wpun byk kali gak kena rotan krn main sampai amek OT, biasa la lupa daratan. Sampai kt umah je, zapp! zapp! Berbirat birat tanda kenangan yg abah bg hasil dr kerajinan over time itu.. Satu lagi hari yg paling diingati ialah hari raya. Hehe…biasalah hari tambah pendptan sedunia. Hehe… Pabila dipublisitikan, maka sedikit demi sedikit akan jd budaya. Cuma selps dpt 2 keping kad tu, aku ckp pd Amal & Fifah ni sebenarnye amalan org Kristian. Wish hari ibu tak wajib, tp ibu & bapa mesti dihormati & diingati sentiasa. Klu ibubapa dah takde mesti doakan. Mesti jd anak2 yg solehah. Diorang angguk jer…(ntah phm ntah tidak ).Masa hidup lagi kita dah doakan ibubapa lps solat. Jgn lupa tau.!. Budak2 ni kena ckp ckit2 je dlu, diaorang x blh save byk2..


‘EID MIILAD ILA ANAS FATHI WA AHLA HAMSAH”

Bertemu kembali di arena blog penulisan. Uh, lamanye tak men”top up” blog. Sejak ngandungkan ank ke 4, si Anas Fathi sampailah dia dh berumur genap setahun pd 20 April 2011 baru2 ni. Si kakak plak, Ahla Hamsah genap 3 thn pd 19 April 2011. Tak de sambutan pun utk diorang,just beli sbijik kek, share la…yg penting doa yg tak pernah putus dari seorang uminya ini agar anak yg dikandung dgn susah pyh, lengkap dgn pakej “mabuk2” byk bulan sehingga dilahirkan & sesi “berjaga mlm” sampai skrg akan jd anak yg tahu berbakti kpd kedua ibu bapa, tahu hormat org tua, paling tidak bila ibubapanya telah dipanggil oleh PenciptaNya kelak. Amiiin….(moga diaminkan sama oleh para malaikat)


Dah penat overtime,jam 3 pagi baru adik kakak ni zzzzzzzzzzz....
Tu pun, selps dah koyakkan wallpaper umah!

Inilah bahagian ku setakat ini, tiada nikmat tidur yg tenang spt yg diperlukan oleh jasmani manusia. Tidak cukup dgn itu, bila buka je buku ke, lap top ke, si Anas yg tgh main mainan tu terus meluru dtg & landing atas lap top atau buku yg baru nk dibukak. Sbb tu biasanya kerja yg tak siap, selalu dibawak pulang sbg penyedap hati je, dgn hrpn dapatlah dihbskan malam tu, tp selalunya “gagal”. Heee……..dah tu camane…kul 3 pagi baru nampak cam nak tido.. 2.30 pagi aktif lagi kronyokkan buku kakak, sepahkan buku2 yg dah tersusun, yg bestnya mlm tadi siap si Anas koyakkan wallpaper lagi. Aduhai..Anas..puas hati dpt walad sorang..bak kata org tua “anak yg ditunggu2”..sabo je la bebyk…

Terima kasih kpd achik Ainoor Mahfuzah krn bagi “hagah” kt Anas & Ahla ‘asyan ‘Eid Miilad. Maap le, si Anas susah ckit nk jd model.Cuma si Ahla je sempat jd model utk tunjuk pd Achik Ainoor. Anyway syukran jazilan.