Saturday 29 October 2011

Opocot !


Emm.. dah agak lama tak update blog ni. Ni pun mmg tgh sibuk menanda utk pemarkahan semester Jun 2011. Tapi nak nyelit gak jap kat sini. Minggu ni dah minggu last p & p untuk subjek Jabatan Pengajian Am. Kira dah tak masuk kelas la, cuma berurusan dgn pelajar2 yg belum habis penilaian berterusan atau pelajar2 yg agak lemah dlm pemarkahan.

Nak berkisah skit kt sini, semester ni dpt satu kelas unik, sepnjg berkhidmat di sini, dah nak masuk 13 thn, sem ni baru terjumpa satu kelas yg unik , yg takkan terlupakan dari ingatan ini...dpt student yg melatah! Dua org plak tu! Lelaki plak tu...! Cuma yg bezanya, yg satu latah-latah mulut, yg satu agak ganas, latah-latah ala kung fu, slalu org berdekatan jd mangsa kung fu dia.. Yg ni kalau nak kacau, fikir la 2 x..

Gambo kt sebelah ni hasil lakaran salah sorang yg melatah tu..Lukis tgh2 ustazah dia ni ngajo.Tapi biasa la, cikgu ke, pensyarah ke , siapa shj yg berdiri kt dpn kasik speech msti prasan pendgr, penuntut dia tgh buat. ape.. main mesej ke, buat keje lain ke.. yg ni nmpk dia tertunduk2 tgh ngajo, ingat main mesej, rupa2nye tgh mengalihkan fokus dari dgr ustazah dia ngajo ke alam grafik plak! Awk buat pe tu? Takdak pa la ustzh.. Aik, buat ape tu, main mesej ke? Tak dak pa..tak dak apa ( loghat kedah pekat...Riduan ..sila cakap Johor ya! ) sambil tgn terpusing2 utk menguatkan hujahnya.. Sekali ustazah dia ketuk meja je, terus keluar satu kertas. Rupenya lukis gmbo ustazah dia. Tapi lom ada muka. Maka dgn kuasa veto yg ada, saya nak awak siapkan gmbar ni, kasik pada saya...hasilnya dpt la kt ustazah dia pd 28.10.2011 masa kelas hari Jumaat. Kelas last la tu.. Berkesan gak ugutan ku..Tak apa, ni kira kenangan mahal dari student. Ustazah dia ni mmg suka simpan apa2 shj yg student dia kasik!

Bila diingat2, 1st dpt hadiah yg tersimpan sampai skarang = pd thn 1994, masa praktikal. Standard ah cikgu2 praktikal mmg slalu dpt byk hadiah. Mcm2 dpt, kertas tisu yg ditulis, kutipan kerang2 yg digubah plajar, gmbar2 , buku hinggalah sajak bersama lukisan lakaran dari seorang pelajar tingkatan 4 yg masa tu aku pun tak ngajo dia. Flash back skit, masa praktikal 1994 tu (tgh slim lg..hehe) kami 6 org ditptkan kt library sbb tak cukup tpt. So, biasa la kt library kan ramai pljr kuar masuk. Dlm ramai2 tu ada la sorang pljr tu suka tny subjek b.Arab. Jd aku dgn ikhlasnya ajar la mana yg boleh diajar. Lps tu rajin la bdk ni dtg bertny. Satu ketika ustazah b.arab budak ni dtg kt library marah2, bdk ni byk kali tak masuk kelas.Rupe2 nya, dia dtg tny b.arab masa rehat, kelas arab dlm jadual dia, dia tak masuk. Aku ni tak terfikir plak nk bertny sbb hny ngajo tgktn 1 & 2 je masa tu. Bengang gak jap sbb rasa bersalah pd ustazah tu..Masa nk hbs praktikal, budak tu bagi satu sajak yg direka khas utk ustazah katanya..bila dibaca, huishh..bhy bdk ni, cam lain je sajak dia..( hehe..maklumla, masa tu baru 21 thn, kira saham tgh di pasaran. Ihik..ihik )

Tp yg paling mahal dpt 1 hadiah botol susu dari sorang pljr tgktn satu. Masa dpt gelihati betul..tp yg mahalnya, aku simpan hinggalah digunakan 1st bby aku, 7 thn kemudian. Begitulah mahalnya nilai sebuah pemberian bila kita tahu menghargainya. Sesekali blk kampung, kalau sempat terbelek hadiah2 tu, teringat kenangan2 dulu, indahnya bila dikenangi..tapi yg pasti takkan berulang lgi..

Apa2 pun tetap bersyukur dpt terjun ke arena pendidikan ini krn inilah salah satu platform utk berdakwah sekaligus mengaplikasikan amal jariah spt yg disebut di dlm hadis. Kpd pljr semua, selagi hyt dikandung bdn, teruskanlah amal jariah, tinggalkanlah apa yg Allah larang. Khas utk Mohd Ridhuan & Firdaus, dari kelas bridging pelancongan, BUP 3 bacalah artikel di bwh yg saya dah cut & paste hehe.. dari satu blog (syukran kpd penlis asal, sori terlupa blog apa)

Opocot !

Eh mak kau beli kain!

Budaya melatah adalah satu sindrom

MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.

Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Justeru, Keluarga di 9 (KD9) bersama hos, Datin Norjuma Habib Mohamed berkesempatan menemubual penyanyi, pengacara dan pelakon, Roslan Shah, yang kuat melatah. Menyingkap kisah bermulanya dia melatah, menurut Roslan, dia melatah sejak tiga tahun dulu. Mungkin disebabkan gemar mengusik dan mengajuk orang melatah lama-kelamaan, dia turut `berjangkit’. Dia turut mengakui, kakak dan arwah neneknya turut melatah dan mungkin ia `menurun’ kepadanya.

Roslan menyangkal pendapat sesetengah pihak yang berkata dia sengaja melatah atau buat-buat latah.

“Saya tidak nafikan ada sesetengah orang sengaja melatah mungkin untuk mendapat perhatian atau menunjuk-nunjuk tetapi jika boleh memang saya tidak mahu melatah, meletihkan!” akui Roslan.

Pernah suatu ketika dia sedang makan di sebuah restoran, seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat menyebabkan dia `bersilat’ hinggakan meja dan pinggan mangkuk bertaburan.

Hatta, terpaksalah dia membayar ganti rugi kepada pemilik restoran.

“Bayar satu hal dan malunya bukan kepalang kerana semua orang tertumpu kepada saya,” kata Roslan mengimbau kisah lalu.

Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang keliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.

“Kalau saya melatah, kaki tangan semua naik, sesiapa yang berdekatan, nahaslah! Hendak marah pun tidak boleh sebab yang mengusik pun kawan-kawan tetapi pernah saya mengacarakan sebuah majlis, tiba-tiba seorang tetamu kononnya hendak mengusik akibatnya kepala dia saya ketuk dengan mikrofon! Hah, rasakan!” katanya.

Tidak dinafikan, kala bercerita mengenai latah, pelbagai cerita latah yang kita boleh dengar. Ada yang boleh menyebabkan periuk belanga terbang melayang, ada yang bercakap mengarut, ada yang bersilat, menari dan bermacam lagi.

Namun, apakah yang menyebabkan mereka ini melatah? Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Malah, ia dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.

Justeru, kata Roslan, jangan merangsang orang yang melatah seperti mencucuk pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya hingga mereka terkejut. Walau pun dengan melatah boleh menceriakan suasana tetapi ia turut memberi kesan kepada si latah tadi. Selain penat dan perlakuan mereka tanpa sedar, mereka juga menjadi bahan ketawa yang kadang kala memualkan diri mereka sendiri.

Lagu kat bawah khas utk sume pljr2 ku...hayatilah..

2 comments:

  1. Usatazah.. Kami Dr kelas Bup3 sgt2 Terharu dgn Entri Ustazah Tulis Ttg Kelas kami.. Saya dan lain sayang Ustazah.. Kami Akan merindui Kelas2 Ustazah.. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih.ada gak org rindu kita..wpun pernah kena marah ek..? saya pun syang sume student saya sbb tu slalu marah2 hehe

    ReplyDelete