Saturday 25 June 2011

"Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung"


Kali ini nak panjangkan skit sinopsis buku yg dibaca. Dah didisplay dlm fb sendiri tp sikit je intro. Kt dlm blog tmbh skit lagi. Buku ni dah dibeli thn 2007 yg lalu. Masa tgh susun buku, terjumpa semula. So,just nak kongsi isi kandungan dgn pembaca je lah. Pglmn org yg melalui sendiri sesuatu perkara sgt mahal wpun hny dinukilkan melalui sebuah buku shj.

Buku yg diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors ini membawa 25 pengalaman benar wanita2 yg sebelum ini mmg tidak bertudung tetapi ditakdirkan Allah dgn sebab musabbabnya, melengkapkan syari'at diri yg tertaklif pd perempuan2 yg baligh hinggalah ke akhir hytnya.

Dlm byk2 kisah dlm buku ni,hny sorang je yg rasanya sume org kenal personaliti ini,iaitu Norkumalasari. Dlu terkenal sbg model & pelakon, skrg dah bertudung litup.Wpun hny berhijab setlh berumur 40 thn, beliau terpanggil utk berhijab apb terbaca sebuah hadis yg mengatakan setiap helai rambut wanita yg terdedah akn diseksa selama 60 thn di dlm neraka.Wpun hadis dha'if, ia menjadi peransang buat beliau. Begitu juga ayt dr Surah An Nur ayat 31 yg diterangkan oleh suami beliau. Pulang dari mengerjakan hj pd 1997, beliau terus berhijab hingga kini. Dlm satu program tv, beliau prnh berkata, "mujurlah Allah tidak mengambil nyawa saya semasa saya berada di kemuncak karier sbg seorg artis"

Pelbagai pengalaman diceritakan.Ada yg bertudung krn ditekan pljr2 senior masa skolah, pgruh rakan2 & guru, mimpi ngeri balasan krn tidak memakai tudung, takut kena rotan dek ustaz dan byk lagi..

Dlm byk2 kisah, aku sgt tertarik dgn pengalaman Dr Katherine Bullock yg asalnya sgt bencikan Islam. Memandang tudung sbg adat lama pusaka usang . Namun setlh ditunjukkan seseorg ttg bebrp ayt Quran ttg perintah menutup aurat kpd Muslim & Muslimah, beliau menyedari kebenaran ayt2 tersebut & pulang ke rmh dgn perasaan yg bercampur baur, murung, resah, sayu ,belas kasihan terhdp nasib wanita Islam yg tidak dibenarkan bertudung di sesetgh negara & dinafikan hak mereka jika sekiranya mrk bertudung.

Sethn setgh selps beliau memulakan tesis PhD yg bertajuk Politik Bertudung ( The politic of the Veil) ,beliau terus bertudung.Namun setlh beridentitikan wanita yg bertudung,beliau menerima cemuhan yg hebat "Bagaimana Katherine sanggup menerima pakai kepercayaan yg penuh penindasan itu, walhal beliau adalah seorang pejuang feminis yg berkaliber dan kuat pegangan?Bagaimana beliau blh memeluk Islam? Tidakkah beliau mendgr apa yg pejuang Hamas lakukan? Tidakkah beliau melihat penindasan yg dilakukan oleh lelaki Islam kpd wanita Islam????

Pelbagai ujian yg beliau terima setlh menzahirkan keislaman beliau melalui pakaian. Beliau dihina krn bertudung, menerima layanan double standard hanyalah krn bertdg & didiskriminasikan. Beliau dgn terbuka hatinya berkongsi hasil tesis beliau dgn masyarakat krn objektif utamanya adalah menangkis tanggapan stereotaip Barat bhw tudung itu lmbg penindasan.

Bila direnungkan semula, diperhatikan sekeliling kita fenomena akhir zmn ini, kedptn byknya pemakaian tdg krn fesyen semata2, sementelah sebegitu byknya pilihan tdg2 yg cantik2, rambang mata dibuatnya... Bagaimana tdg dipakai tidak mengikut syari'at, pakai tdg rambut terjuntai2 diblkg (biar org tau rmbutku pnjg mengurai, guna jari pun boleh! Wrna lg..), jambul terkeluar, sanggul terlalu tinggi (bacalah larangan nabi di dlm hadisnya), bertdg tp berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh, baju singkat menampakkan alur punggung, tdg terlalu kecik menzahirkan alur dada, seluar ketat, bertudung tp berkain singkat, berseluar pendek dll lg. Sedih & sayu di hati melihat fenomena akhir zmn.

Wahai wanita2 Islam sekalian, kembalilah semula kpd syari'at sementara nyawa masih dikandung badan, krn hidup kita tidak lama..kemanisan iman hny akn dikecapi dgn sabar yg sgt mendlm. Sabar seketika di dunia, biarlah kita tidak dpt mengenakan pakaian2 yg menggoda perasaan wanita yg sentiasa ingin cantik, yg sentiasa dingini oleh hawa nafsu wanita hari ini sehingga melanggar syari'at demi mengejar redha & ganjaran Allah yg kekal nan abadi!