Friday 19 June 2009

Perjalanan Kehidupan

Setelah hampir sebulan,baru ari ni nk top up blog. Maklum la,bakat menulis dah pudar. Just nak imbas kembali sejarah masa belajar dulu2...

Alkisahnya, 29 tahun yg lalu, tu lah detik pertama ke sekolah, 1980 di Sek.Keb.Pusat Dungun. tapi sempat 1 tahun je kat sana.Rasanya sorang je nama cikgu yg aku ingat,Cikgu Khadijah,tu pun dah lupa ajar ape.Anyway bakti cikgu2 lain yg pernah ajar aku masa mula aku berkenalan dgn ilmu Allah,sentiasa aku kenang dan aku doakan kerahmatan dari Allah. Dan sahabat yg kekal berhubungan sampai kini, Ukhti Najihah yg skrg dh bergelar pensyarah di UDM ( KUSZA ).

1981 mulalah aku pindah ke daerah tumpah darahku di Kg Padang Midin.Maka skolah pun kt Sek.Keb.Padang Midin la.. Ikut abah sebenarnya.Dulu abah ngajo kt Sek.Men.Agama.Sultan Ismail Dungun (SMASID),anak pun skolah dkt2 situ. Ni abah pindah ke Sek.Men.Agama Marang, anak2 pun sekolah le kt kg asal. Byk kenangan masa skolah.Bahgia masa knk2,wpun byk kali kena rotan dgn abah sbb suka explore lps abis skolah. Dlu explore bukan di alam cyber,tp di alam realiti..pnjt pokok, pncing ikan,cari beliung (pepatung) tgh2 pns terik cari umpan mancing, gi baruh (sawah) dll lagi . Aktiviti byk m'jurus ke dunia lelaki,wpun awak tu pompuan.. Heee...... Main msk2 jarang sgt sbb semua org suka aktiviti yg org ramai buat. Habih,dlu mane le ada Astro. Standard tv start kul 3 ptg (ala,tv dlu yg ada pintu yg boleh tutup bukak tu),so nk smpai kul 3 tu punya le boring,klu ari yg takde kelas frdhu 'ain, tu yg explore.Start je tv,masa tu cter yg paling top...jeng..jeng...jeng... Hayata menjadi ultraman... Biasanya ramai2 kumpul rmh tokki zam, bukan takde tv kt umah,saje suka tgk ramai2.Lps tu,bising,kena sound dgn tokki. Dasar muka tembok,sok pi lagi..Masa tu,aku pnya geng kg yg sama jantina 2 org je..zam (Rohaida Aizam) dgn za (Zaharah).Kiranya antara 3 org tu aku la yg paling junior.Hiii...Tp,skrg dah dgn haluan masing2.Ye la..umur masing2 dh merangkak ke angka 40.Ya Allah,dh tak berapa muda rupanya..Apa2pun aku merafa'kan syukur pdMu Ya Allah krna masih mengizinkan perjalanan denyut nadi ini,mg dgn bertambahnya umur diiringilah dgn bertambahnya iman dan ssuatu yg lbh baik dr hari semlmnya. Insyaallah..

Eh,lupa lak nk cter bab sekolah aku ni. 1981-1985,aku di Sek.Rendah.Padang Midin . Bersama2 dgn rakan2 seperjuangan yg masa tu blm mengerti ttg kehidupan yg m'cabar spt knk2 hari ini. Bila dikenangkan,beribu syukur rasanya krna kehidupan kami sbg knk2 dlu tidaklah begitu m'cbr spt knk2 di usia sek.rndah skrg. Kami dlu begitu hormat dgn guru (wpun ada segelintir yg out) dan apa2 perkara mazmumah yg kita hadapi dewasa ini,kami tak prnh mengalaminya. Cuma kami rasa risau dgn dunia yg anak2 kami jalani skrg.Hanya pd -Nya kami mohon perlindungan dr segala yg buruk,mohon dijauhi.Sinarilah hidup kami dgn nur & hidayahMu Ya Allah.Hijabkanlah hati kami & anak kami serta seluruh umat Islam dr t'dorong dgn perkara2 yg m'calonkan kami sbg bahan bakar api neraka. Guru2 yg prnh mengajarku..
( ramai yg masih dlm ingatan,tp lupa nama) seingat aku Cikgu Fatimah,Cikgu Rokiah(Math), Cikgu Zaleha,Cikgu Latiff,Cikgu Chin Mei Chin (org Perak)-(English), Cikgu Ismail (Sains), Ustazah Maryam,Ustaz Aman,Ustaz Man Itam ( Agama),Cikgu Abdul Rahman, (BM) dan ramai lagi yg tak tersebut di sini (nnti k ingt akn diupdate kan..ampun...).Rakan2 yg masih dlm ingtn masa tu Norhayati Embong(best friend..dgrnya skrg jd nurse), Suzanawati Ismail,Rozita Mahmud,Suhana,Salasiah,Wan Zainab,Rohani,Norhayati Wahab,Saiful Zainon,Zaili,Wan Asoha,Adib Rahiman Abd Ghaffar,Ubaidillah Harun,Azman Abd Aziz,Zainon, Tajuk Delima,Nordiyana, Saloma, alah...ramai lg,tp x ingt nama.sori bebyk..bab2 nama failed betul,tp muka tu insyaallah ingat...