Monday 5 December 2011

TRAVELOG DAKWAH MENITI HARI ESOK


Sebuah buku yg sgt menarik , sejujurnya kilauan pengalaman yg sgt mahal dari seorang profesor. Setelah dijentik hidayah Allah, 360 darjah berhijrah sahsiah dirinya. Membaca buku ini membuatkan penulis merenung , mendalami & merasai akan keikhlasan yg lahir dari setiap patah perkataan yg disusun lantas mengakui akn jauhnya jarak kesedaran & hablun minal lah berbanding seorang yg bernama Mohd Kamil Ibrahim (Prof) , penulis Best Seller Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman.

Dimulakan dgn keresahan beliau sewkt mengambil keputusan utk menulis buku ini. Bermonolog sendiri, bermain dengan perasaan sendiri, apa kata orang nanti? layakkah dirinya menulis buku sebegini ? Dari seorang yg mempunyai sejarah kejahilan- jauh dari Allah. Malu sendiri pabila menoleh ke belakang mengingati kisah lampau..!

· Sukarnya menolak pemakaian seluar pendek yang sebati dengan selama hampir 35 tahun. Tidak melihat ia sebagai satu kesalahan, langsung tidak rasa berdosa walaupun tahu ia melanggar etika pemakaian umat Islam.

· Sukarnya berkejar untuk solat 5 waktu berjemaah di masjid hampir 41 tahun. Sewaktu masih bergelar pelajar MRSM, beliau sering menempelak & menghalau rakan2 junior yg mengajak bersolat. Kenapa menyibuk? Kenapa perlu diseru kepada orang lain? Ianya terlalu peribadi!

· Liatnya belajar al-Quran, hampir 40 tahun. Namun dipermudahkan Allah jalannya & dipertemukan dgn seorang hafiz yg kemudian menjadi guru mengaji beliau.

· Ajakan isteri ke Mekah menjadi bahan gurauan.Cerita2 seronok daripada mereka yang menjadi tetamu Allah menjadi cerita pelik. Kisah2 haji tidak langsung membuka ruang minat di hati.

Hakikat sebenar, beliau dalam ketakutan ! Takut kerana jahil. Tidak pandai membaca al-Quran. Tidak pandai berdoa. Amal ibadah yang minima. Banyak melakukan doso2 kecil & besar.

Setelah dianugerahkan hidayah Allah, merenung keluasan rahmat Allah, menyedari & merasai kasih sayang Allah, misi & tekad beliau:

· Solat jemaah di masjid setiap waktu

· Puasa sunat setiap Isnin & Khamis

· Solat sepertiga malam

· Baca Quran sekurang2nya sehelai sehari beserta terjemahannya

Menginsafi penyelesaian muktamad tentang kehidupan yang lebih aman & tenteram akhirnya menjurus kepada mendekatkan diri kepada Allah.Inilah insentif berdakwah kepada diri sendiri.

Tiga plot penting yg amat mengesankan dalam kehidupan beliau : Kematian, Dakwah & Sahabat. Melepaskan pergi Haniza, 35, adik kesayangan yg menyambut panggilan Ilahi (meninggalkan anak2 yg masih kecil & belum mengerti erti perpisahan nan abadi di dunia yg fana’ ini ). Sahabat beliau, Zaki yg punya pelbagai “kisah kehidupan suatu ketika dulu” menjadi Zaki yg baru setelah sinar hidayah menyinari hidupnya.Rutin hidupnya berubah 100% setelah sedar setelah seminggu koma. Namun akhirnya beliau ditakdirkan menguruskan jenazah Zaki setelah 3 tahun sedar dari koma.

Pelbagai lagi kisah dlm buku yg membuatkan kita bermuhasabah diri, merenung kealpaan sendiri….solat Dhuha, I’tikaf di masjid, sukarnya berdakwah untuk orang yang berjawatan tinggi, perjudian dalam permainan golf, kehebatan doa, bacaan al-Ma’thurat & lain2 lagi. Setiap baris ayat yg dibaca menimbulkan kekaguman , membuatkan buku ini penuh dgn tanda2 garis, memilih barisan ayat yg “mahal” & amat “menusuk kalbu”.


No comments:

Post a Comment