Friday 31 July 2009

Bulan Allah

Cepatnya masa berlalu, tup tup dah masuk bulan Sya’ban, bulan Allah. Pasti punya berganda2 rahmat di bulan ini apalagi Ramadhan Kareem. Spt jua Al Quran, di mana Allah sendiri b’janji akan m’jaga Al Quran, Allah tidak prnh menyebut & b’janji utk memelihara kitab2 selain dari Al Quran. Kerana itulah Al Quran itu masih dpt kita tatapi, baca & tadbbur sampai ke hari ini hinggalah ke akhir nafas dunia yg fana’ ini…

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak. Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu
Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).


Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban."
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.


Sabda Baginda bermaksud:
"Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam,
bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."


************** Dicetak bulat2 dari Harian Metro, susunan Idris Musa. Syukran Jazilan


Thursday 30 July 2009

Seminggu PJB Ditutup....


Baru tadi tgk blog k.wan dlm thejannatulfirdaus.blogspot.com, cter ttg anakandanya, eheh....bukan anakonda ye...excuse me... Cian k.wan, tp tak pe la, Arif tu nak kasik umi dia kurus tu...oppsss jgn perasan! Kurus perasaan jer. Heee.... Ye la, bhgian mung la tu k.wan. Sabo je la.... Aku ni anak2 aku suma bagi ujian kat aku jd pengawal keselamatan shift mlm.... Hilang satu nikmat yg Allah bg pd kita iaitu nikmat tido. Klu tak cukup tido ni, suma org tau la effectnya...Sok pagi g keje, jalan pun rasa diawang-awangan, msk kls cpt jer "hangin' klu bdk buat salah, muka pun mmg dasyat la... dan mcm2 lg yg sewktu dgnnya...oksigen tak cukup...

Mcm k.wan, seminggu dicutikan ni , aku jd drebar gak,tp tak ler sampai 7 kali, coz aku sendiri dmm tak kebah + la bwk si kecik ni, lg..tabik toing..toing la k.wan, (ank aku x leh tinggal cam anakmu kt rmh, sbb selalu tido2 aym jer, ank mu tdo sesungguh hati. hu...hu...) Aku just amik sorang je anak utk jd driver kpdnya... Afifah la, sekolah tadika. Si kakak yg sekolah kebangsaan cam biasa kat taska la.. Semalam, Khamis 30.7.2009 , tghari selps amik fifah dari sekolah,terus hantar si kecik ahla rumah baby sitter, nk g T.Haji di Larkin Perdana ngan fifah. Dlm p'jlnn balik singgah Tesco Xtra Plentong, beli brg2 surau JPA yg diamanahkan. Nasib la org tak ramai..Takut gak dlm demam2 selsema gini musim2 wabak ni tak leh jumpa ramai org. Suka sgt si fifah tu dpt ikut. Dah masuk dlm terus buat p'mintaan itu ini, last2 bg warning! Kalau nak kena tinggal sini, amik sume. Klu nk balik, amik 1 je... Mcm tikus mondok, dia mengiyakan sbb takut kena tinggal....

Hari ni Jumaat 31.7.09, kira ari last la m'jlnkan tgs drebar ni,m.dpn poli bukak. So cam terasa nk rakam skit la .... 7.45 am kuor hntar fifah g sekolah. Biasanya, si kecik ahla tu tak bgn lg,angkat je dia tgh tido,ltk kt blkg. Dia bgn lewat, qadha' "qiamullail" dia . Umi dia t'pksa angkat dia lg sekali tgh tido dlm kul 10.30 pagi, bkn msk kete terus, tp mandikan. Pastu sure dia nangis la sbb mata pejam,tiba2 rasa sejuk kena siram air.. Tapi ari ni,baik pulak dia.Kul 7.15 dah bgn.Senang skit keje,terus mndikan. Dah hntr fifah, terus nuju p.gdg. Byr kad kredit + baki bil2 yg ada. Aik, tido plak ahla ni..Sampai rmh 9 lbh. 10.45 kuar lg nk amik fifah balik skolah. Sbnr2nya, si cinonet tak suka sgt naik kete, dia lg suka dpt melilau2 kat daratan. Tgk la, bila bukak je pintu rmh, nonong je dia kuar, sambil pakai slipar kakak dia sebelah kaki...



Masuk je kete, terus buat perangai, nk duk kt riba aku. Ala...dia tak tau, umi dia mmg failed la klu mandu sambil pegang anak ( hasil didikan walid dia la nih.. ).



Menonggeng2 datang nk duduk atas ribaan umi dia.. Tp tak pe ada umpan....



Nasib la dia ubah perangai terus. Duk diam, pandang je kat atas...


Ni le penyelamatnye..Dlm byk2 VCD, ni la yg dia suka sgt.Cerita iblis yg terbakar dgn doa2 yg dibacakan. Alhamdulillah...



Ni jalan nk ke sekolah fifah. Maap le sume mutu visual kurang menyenangkan. Amik smbil mandu.Tp ni dh dkt sgt. Sekolah dia dlm perumahan yg ada security. Sampai je kat sekolah, sdg elok budak2 kuar. Tgk je kete umi dia, terus si fifah landing kt lantai pakai kasut.Terkedek2 dtg sampai cikgu pun tak sempat salam...

Ni ler sekolah Afifah Radhiah




Adiknya pun sibuk babai sama. Tgk la tudung si kakak bila balik sekolah, gitu ler sokmo, kadang2 sampai nak tutup mata. Byk sgt ilmu yg masuk kutt..hee...

Alhamdulillah, selesailah sdh tugas wkt dicutikan ni. Dah sampai umah



Wednesday 29 July 2009

Lari...Lari....


Inilah situasi yg dunia sdg hdpi skrg... satu waba' yg tlh menyerang seluruh dunia & mgkin blh m'bawa maut, jika tidak dikawal (dgn izin Allah).Waba' ni mengikut nama dlm IC nyer adalah H1N1, bukannya B1N1... tau!

Alkisahnya, waba' ni tlh pun singgah ke PJB dlm p'musafirannya menyebabkan PJB ditutup krn dia ni dtg bawak mudharat. Biasa org kata tetamu dtg bawak rzki, tp dia ni lain skit, bawak bencana. Tapi dia ni pun makhluk Allah jugak, mgkin ditakdirkan singgah di dunia lantaran byknya perlanggaran perintah Allah oleh umat manusia, krn sst yg b'laku pasti ada hikmahnya...

Ramainya student2 dmm . Maklum ajelah, ndak tak ndak, dah nama institusi ilmu, msti ramai org. Bila ramai, makinlah suka si H1N1 ni b'tndang.... Maka pd petang 27 Julai 09, dgn rasminya PJB diisytiharkan tutup selama sminggu bg mengelakkan keadaan yg lbh buruk....



Notis Perintah Tutup Premis dari Kem.Kesihatan Malaysia

Ni le yg PJB dpt setlh dilakukan Ujian Saringan kpd student2 & staf2 PJB. So, PJB msti dikosongkan secpt mgkin pd ptg itu juga. Bgmanakah kita nnti andai smpai ketikanya bumi menokhtahkan tgsnya, lalu Allah gntikan dgn tiupan sangkakala??? Ya Allah, tidak dpt digmbrkan..!


Jejaka (b'diri) : Hai, nk saya tlg hntar ke rmh ke? Bhy B1N1 ni...oppss, syasul H1N1 ni..
Jejaka (tunduk) : Aik...mana pegi stokin spare aku ni?? Kena bwk balik ni, virus ni very
dangerous

"Ini ada 1 pengumuman, bg staf2 lelaki tidak dibenarkan merempit wpun anda sdg lari
sekuat hati dr H1N1 ni... kata KJ JPA, PJB"



So,ptg tu sedetik je dpt surat rasmi dari pentadbiran yg dikepilkan dgn surat di atas, berdesup manusia2 lari....lari..... meninggalkan kerusi & office masing2...



Pengajaran Hadis Umar dalam menghadapi wabak penyakit

Dalam satu hadis panjang tentang kisah pemergian Saidina Umar ke negeri Syam yang dilanda wabak penyakit Taun, Abdul Rahman bin Auf telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah berkata:


"إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ، فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ. وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ"
Maksudnya:
“Apabila kamu mendapat tahu bahawa ia (wabak penyakit) itu telah melanda satu tempat, maka jangan kamu pergi ke tempat itu (yang telah dilanda wabak penyakit). Apabila ia (wabak penyakit) telah melanda tempat yang kamu sedang berada dalamnya, maka janganlah kamu keluar (dari tempat kamu) untuk melarikan diri daripadanya (wabak penyakit)”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Imam An-Nawawi (676H) telah memberi beberapa penjelasan dan pengajaran daripada hadis ini[1]:

1) Wabak yang dimaksudkan ialah wabak penyakit Taun. Tetapi, ia boleh dimaksudkan untuk setiap penyakit yang melanda manusia dan merebak dengan meluas.

2) Larangan pertama Nabi untuk tidak pergi ke tempat yang telah dilanda wabak penyakit sebagai satu usaha langkah pencegahan dan mengelakkan daripada penyebab bahaya, manakala larangan kedua untuk tidak keluar dari tempat yang dilanda wabak penyakit pula ialah sebagai menerima ketentuan Allah, berdoa dan bertawakkal kepadaNya dengan sabar dan redha. Tetapi, keluar untuk tujuan dan urusan yang penting dan tidak dapat dielakkan adalah diharuskan selagi bukan bertujuan melarikan diri.

3) Pemimpin sesebuah negara/negeri hendaklah turun padang melawat rakyat dan melihat sendiri permasalahan kehidupan mereka bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

4) Apabila pemimpin negara/negeri melawat kawasan di bawah pentadbirannya, hendaklah pemimpin bawahan menyampaikan maklumat dan berita tentang segala yang berlaku di tempat mereka sama ada baik, buruk susah, senang, wabak dan sebagainya.

5) Hendaklah pemimpin itu sentiasa bermesyuarat dan mendapatkan pandangan orang yang berilmu dan ahli dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan perkara dan peristiwa yang berlaku.

6) Melihat manusia berdasarkan kedudukan mereka dan mengutamakan orang yang ada kelebihan dan keistimewaan tertentu daripada orang lain serta memuliakan mereka.

Ulasan:
Segala apa yang dipesan oleh pelbagai pihak hari ini seperti WHO, Kementerian Kesihatan, para pemimpin negara dan sebagainya supaya tidak pergi ke negara-negara yang telah dilanda wabak penyakit Influenza A (H1N1) (kecuali ada urusan yang tidak dapat dielakkan) sebenarnya telah lama dipesan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Begitu juga dengan beberapa pesanan lain menutup hidung ketika bersin dan menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan kita juga telah lama terkandung dalam hadis-hadis baginda SAW.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi SAW telah berkata:


"
إذا عطس أحدكم فليقل: الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه: يرحمك الله، فإذا قال له: يرحمك الله، فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم"
Maksudnya:
“Jika seorang daripada kamu bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah”, dan hendaklah saudara atau kawannya (yang mendengar) mengucapkan: “Yarhamkallah”. Apabila diucapkan “Yarhamkallah” kepada kamu, maka hendaklah kamu ucapkan: “Yahdikumullahu wa Yuslih balakum”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

Islam telah lama mengajar umatnya supaya sentiasa mendahulukan membasuh tangan sebelum membuat apa-apa pekerjaan lain seperti sebelum makan dan minum, ketika mengambil wudhuk, selepas beristinjak, mandi, selepas bangun dari tidur dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:


"إذا توضأ أحدكم فليجعل في أنفه ثم لينثر، ومن استجمر فليوتر، وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يده قبل أن يدخلها في وضوئه، فإن أحدكم لا يدري أين باتت يده"

Maksudnya:
“Apabila seseorang daripada kamu berwudhuk, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian menghembuskannya, sesiapa yang melontar (jamrah) maka hendaklah dalam bilangan ganjil, apabila seseorang daripada kamu bangun dari tidurnya maka hendaklah dia membasuh tangannya sebelum memasukkan (tangannya) ke dalam bekas wudhuknya, (kerana) sesungguhnya kamu tidak tahu di mana d ia meletakkan tangannya (ketika tidur)”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

Oleh itu, sebagai umat Islam, setelah kita mengambil langkah-langkah pencegahan wabak penyakit, maka sebagai makhluk yang lemah hendaklah kita terus berdoa dengan penuh yakin dan bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa agar kita dilindungi daripada ditimpa wabak penyakit yang merbahaya ini. Wallahu A’lam.


[1] Lihat: An-Nawawi, Muhyiddin (676H), Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, 14/425-433, Beirut: Darul Ma’rifah (1997).


Dunia Sudah Terbalik..... (ii)

Lagi 1,dunia sudah terbalik, si kakak2nya sedap2 tonggang terbalik, amahnya si adik, wpun menyapu sambil terhoyong hayang, penyapu lbh tinggi dari tkg sapu ...& kadang2 orang yg menyapu tu sendiri masuk dlm penyodok sampah tu... Apepun si cinonet ni lbh sensitip dr kakak2nya yg lompat sana, lompat sini....



Sori, gmbq pun sudah terbalik...



Monday 27 July 2009

TERKENANG2....


Aaa....ari ni masih lg nak mengimbas rakan lama gak, al maklum la, sejajar dgn erti nama blog ini, kemanisan kebahagiaan. Sbnrnya bahgia bila kenangkan zaman dlu,dlm ertikata yg lain, zmn2 purba kita. Tapi tak jugak ikut flow spt cdgn awal nak ditubuhkan blog ini. Ala kulli hal, asalkan dpt nulis, ok la tu..
Just t'kenang indahnya p'shbtn yg prnh t'bina dgn rakan2 lama, yg pastinya takkan b'ulang lg sebuah keindahan yg dulu. Masing2 dgn cerita hidup masing2 skrg.. Akan ku kng keindahan itu hingga ke akhirnya... Kali ni nk cter 1 sohabat lama aku. Mula kenal dia ni 1991. Masa tu aku Intensif Bahasa di KUSZA. Dia ni dtg m'ziarahi rkn2 sedorm aku yg majoritinya 1 sekolah dgn dia. Kbtln masa ari dia dtg tu, salah sorang kwn 1 dorm dgn aku kena histeria. B'lari2 aku dgn dia ni g cari ustaz yg pandai berubat. Tu lah kesah mula aku kenal dia.Dia ni peramah , senang b'kwn.

Eh,eh....rupanya lps tu dia dpt smbung KUSZA gak,sekelas dgn aku plak tu , amik kos Bahasa Arab dgn Pendidikan. Kecik no dunia ni..Maka b'shbtlah kami hingga kini..dh b'anak pinak...dgn haluan hidup masing2.Byk kenangan suka duka kami dgn rkn2 seangkatan, tp tak best la nak publish, coz lom dpt ltk gmbonye......

Tak pe, buat smntara wkt, ltk dulu gmbo sohabat yg ada ni....

ROHANA IBRAHIM & NORAHIM IBRAHIM
(ni bukan adik beradik wei, ni suami isteri...)


Tgk la Ana nyer posing tu, t'senget2 kena tiup angin, habis luruh dedaunan bila dia pegang ranting pokok tu..dasat...dasat.... Bebenonya dia kat UK skrg, kira tabi' suami la ni. Jd housewife sepenuh masa la,smpai suami t'cinta khatam menuntut ilmu Allah. Kata Ana cam best lak jd surirumah ni..Hoo...dh jd isteri solehah kwn aku ni..Uhuk...uhuk....

* Ni anak 1st Ana, manis cam gula sekilo

* La ni dh speaking London,mklum le dh duk kt omputiss









* Ni the 2nd child

*
WASEEM, masa baby














** Tp skrg,Waseem dah besar........
( gmbr diambik pd Jun 09, masa diorang balik b'cuti jap )





Friday 24 July 2009

ON THE WAY TO BUILD THE MOSQUE...... Hee...broken English


Al aan, ana mau masuk cerita lain lah..cerita alfun leilah wa leilah.... laisa laila majnun. Tapi hati ana byk gumbira lah sbb sohabat ana sudah dlm prjlnn membina masjid di muka bumi Allah ini. Syukur alhamdulillah...

Catatan ini khas didedikasikan utk sohabatku Rosliza yg insyaallah akn menjejakkan kaki ,tangan & lain-lainnya ke gerbang perkahwinan Eidul Fitri ini. Berakhir sdh satu penantian yg pjg. Siapa tau, masih lagi ada jodohmu ja.. Sesungguhnya rahmat Allah sgt lah luas tidak terduga, tidak terhitung, maka berserah kepada Nya adalah segalanya.

Ja,
Itulah kita manusia yg penuh dgn kelemahan diri jua aqal yg penuh keterbatasan fikiran, tidak terjangkau dek perasaan jua firasat, akhirnya ditemukan jua untukmu pasangan hidupmu. Semoga berkekalan hingga ke ahir hayat, melayari bahtera kehidupan nan fana ini dgn penuh tawaddu', menampung penantian yg begitu lama, di saat rakan2 seperjuangan tersenyum melihat gelagat anak2 pelbagai telatah, membesar di depan mata, sedangkan sekeping hati terhiris luka, terus mengharap di selangi persoalan 'mungkinkah aku akan begitu atau sendirian ke akhirnya???' Terkadang terasa pasrah apalagi satu demi satu majlis adik2 diuruskan, namun Maha Suci Allah berkat kesabaran bersama tumpahnya airmata seiring doa di bumi Mekah, sekembali sedetik sahaja ke bumi tumpah darah, rupanya jodohmu telahpun menunggu.... Dari kejauhan ini, aku sekadar mendoakan kebahagiaanmu yg sudah pasti sejak dulu lagi aku titipkan utkmu jua rakan2 yg masih sendiri...syukur krn rakan2 bujangan aku sdh semakin susut bilangannya. Bila mu dah ada yg punya, rangkaikan lah doa buat rakan2 kita yg masih keseorangan, dan tentunya mu amat memahami perasaan mereka...

Hari ini dirimu bisa tersenyum manis, sama seperti senyuman rakan2 lain suatu ketika dulu, ketika mereka kau hadiri majlisnya...

Tiba masanya kini...

Alfun Mabruk






Thursday 23 July 2009

Bahasa Tanpa Suara ...

Assalamualaikum...

Ari ni nak pertontonkan gelagat rakan2 masa Kelas Bahasa Isyarat.Ye lah, kami sekarang sedang dalam period belajar Bahasa Isyarat , untuk memantopkan lagi pengetahuan sedia ada yg amat dangkal ni..

Gelagatnye macam2, al maklum le, ilmu ni cepat lupa, ape tak nyer,asyik ketawa manjang bila tgk member2 buat lawak....

Kami sbnonya adalah gak mengajar beberapa subjek utk pljr2 istimewa. So,ni nak improve kita punya sign language la ni. Rupanya ilmu Allah ni luas , Subhanallah. Syukur dpt dipertemukan dengan ilmu ini, wpun hakikatnya tak la expert.

Berikut adalah persembahannya.Video clip ini khas disiarkan untuk tatapan ainoor & huda yg sdg berinduksi di Penang sekarang. Ikutilah dgn ikhlas. Hee.........




Ni ust.Nizam. Dia ni la pelawak antarabangsa...



Ni ketua kami, kak Wan



Sohabat ust Nizam, ust Lan



Ni adik bongsu,Baizura. Dia ni cepat catch-up

Jeng..jeng...jeng........... Suspen
Ni la sifu, mak guru kami, Pn.Ami. Tp jauh lbh muda la. Tgk sign cikgu, sama tak dgn yg kitorang dah buat. Nilaikan perbezaannya!



Ape sbno2nya yg kitorang duk letih2 buat exersice tgn ni? Cter ape yg kitorang present?? Meh sini nak habaq mai ainoor & uda ya...

Cikgu kasik 1 petikan cter, lps tu tugas kita lps ditunjuk ajar sekali lakonkanlah dlm B.Isyarat, bayangkan mcm kita nak bercerita pd pljr2 cacat pndgran. Cternya bertajuk,....



HARIMAU YANG BODOH

Pada suatu hari,Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan.Tiba2 seekor harimau besar muncul menyergah Kancil. Sang Kancil terperanjat melihat harimau. "Baik sungguh nasibku hari ini. Seekor Kancil seperti kau cukup untuk mengisi perutku yang lapar ini," kata harimau. Sang Kancil sangat takut dan segera mencari idea untuk menyelamatkan diri.

"Kau Raja Rimba ini? Setahu aku, Raja Rimba lebih besar daripada kamu," helah kancil.
"Mana dia? Aku akan bunuh dia. Akulah Raja Rimba ini!" jerit harimau dengan angkuh.

"Dia tinggal di dalam sungai."

Harimau segera membawa kancil ke sungai.

"Mana dia?," tanya harimau dengan bengis."Dia di dalam sungai ini.Cuba lihat,'

Harimau melihat ke dasar sungai yang dalam itu.Tiba2 harimau mengaum apabila melihat seekor harimau di muka air sungai.

"Tunggu apa lagi? Buktikan kau lebih kuat dari dia."

Harimau pun terjun ke dalam sungai. Sang Kancil pun ketawa melihat harimau terkapai- kapai dibawa arus sungai. Harimau menyesal kerana terlalu angkuh. Sang Kancil berjaya menyelamatkan diri.



Sunday 19 July 2009

DIAM TAK DIAM......

Diam tak diam,Rejab dah hampir melabuhkan tirainya.Tak lama lagi masuk bulan Sya'ban. Pastu...Ahlan Ya Ramadhan, bulan Allah. Ni maknanya usia dah semakin beranjak senja. Dah berpuluh Ramadhan Allah hadiahkan buat diri ini, tp pengukuran ibadah macamana? Dpt dirasakan perbezaannya.Kalau dulu masa bujang, rasa byk masa lapang untuk tambahkan ibadah2 khusus especially di bulan Ramadhan, tp bila dah berkeluarga, beranak pinak, terasa sgt kuantiti ibadah agak berkurangan. Betullah ..Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...salah 1 antaranya masa lapang sebelum masa sibukmu...

Khas untuk kanak2...




Untuk yg dewasa skit............

DOA PERLINDUNGAN YANG DIAJAR KEPADA RASULULLAH

Bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjungan Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitab al- Muwatta’. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra".

Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua


و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ

وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ

مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ

وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا

وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ

وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا

وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ



Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat kau ucapkan. Jika engkau membacanya, maka obor itu akan padam dan dia (jin itu) akan jatuh dengan mulutnya (tersungkur), Rasullullah menjawab, "Ya", Jibril lalu berkata, bacalah :-

Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik dan pendosa, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dan kejahatan yang naik padanya, kejahatan yang ditabur di bumi dan kejahatan yang keluar darinya, dari fitnah malam dan siang serta yang datang di malam dan siang kecuali yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih.



.......................Dicopy bulat2 dari www.ustazamin.com