Thursday 23 July 2009

Bahasa Tanpa Suara ...

Assalamualaikum...

Ari ni nak pertontonkan gelagat rakan2 masa Kelas Bahasa Isyarat.Ye lah, kami sekarang sedang dalam period belajar Bahasa Isyarat , untuk memantopkan lagi pengetahuan sedia ada yg amat dangkal ni..

Gelagatnye macam2, al maklum le, ilmu ni cepat lupa, ape tak nyer,asyik ketawa manjang bila tgk member2 buat lawak....

Kami sbnonya adalah gak mengajar beberapa subjek utk pljr2 istimewa. So,ni nak improve kita punya sign language la ni. Rupanya ilmu Allah ni luas , Subhanallah. Syukur dpt dipertemukan dengan ilmu ini, wpun hakikatnya tak la expert.

Berikut adalah persembahannya.Video clip ini khas disiarkan untuk tatapan ainoor & huda yg sdg berinduksi di Penang sekarang. Ikutilah dgn ikhlas. Hee.........




Ni ust.Nizam. Dia ni la pelawak antarabangsa...



Ni ketua kami, kak Wan



Sohabat ust Nizam, ust Lan



Ni adik bongsu,Baizura. Dia ni cepat catch-up

Jeng..jeng...jeng........... Suspen
Ni la sifu, mak guru kami, Pn.Ami. Tp jauh lbh muda la. Tgk sign cikgu, sama tak dgn yg kitorang dah buat. Nilaikan perbezaannya!



Ape sbno2nya yg kitorang duk letih2 buat exersice tgn ni? Cter ape yg kitorang present?? Meh sini nak habaq mai ainoor & uda ya...

Cikgu kasik 1 petikan cter, lps tu tugas kita lps ditunjuk ajar sekali lakonkanlah dlm B.Isyarat, bayangkan mcm kita nak bercerita pd pljr2 cacat pndgran. Cternya bertajuk,....



HARIMAU YANG BODOH

Pada suatu hari,Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan.Tiba2 seekor harimau besar muncul menyergah Kancil. Sang Kancil terperanjat melihat harimau. "Baik sungguh nasibku hari ini. Seekor Kancil seperti kau cukup untuk mengisi perutku yang lapar ini," kata harimau. Sang Kancil sangat takut dan segera mencari idea untuk menyelamatkan diri.

"Kau Raja Rimba ini? Setahu aku, Raja Rimba lebih besar daripada kamu," helah kancil.
"Mana dia? Aku akan bunuh dia. Akulah Raja Rimba ini!" jerit harimau dengan angkuh.

"Dia tinggal di dalam sungai."

Harimau segera membawa kancil ke sungai.

"Mana dia?," tanya harimau dengan bengis."Dia di dalam sungai ini.Cuba lihat,'

Harimau melihat ke dasar sungai yang dalam itu.Tiba2 harimau mengaum apabila melihat seekor harimau di muka air sungai.

"Tunggu apa lagi? Buktikan kau lebih kuat dari dia."

Harimau pun terjun ke dalam sungai. Sang Kancil pun ketawa melihat harimau terkapai- kapai dibawa arus sungai. Harimau menyesal kerana terlalu angkuh. Sang Kancil berjaya menyelamatkan diri.



1 comment:

  1. Bestnyeee... rindunye nak gi opiss..
    saya ngan huda ketawa nak pecah perut tengok gelagat suma-suma

    ReplyDelete