Friday 2 December 2011

Sanah Helwah..

Kebelakangan ini begitu terasa pecutan masa. Terkadang terlupa tarikh, hari yang sedang dilalui apatah lagi tarikh2 penting dalam pengulangan tahun kehidupan.. Itu tandanya semakin muda ( ???? ). Ala..mimpi la tu..mana mungkin & tak pernah mungkin masa akan undur ke belakang, kerana muda hanya sekali wpun hakikat yg kita lalui skarang ramai org seakan terhenti usianya ,muda sokmo..bila tgk rupa , berteka teki "dia ni mesti baru 25 tahun" aik rupanya dah bermula dgn angka 3 kat dpn.. hebatnya ilmu kosmetik umat akhir zaman.


Pebenda nak ckp ni?? Bebenonya cam tajuk kt atas tuh.. Sanah Helwah...( Ucapan Slamat Hari Lahir Versi Pak2 Arab ). 10 November 2011 lps makan pagi dpt sms Slmat Hari Lahir, eh baru teringat hari tu dah 10.11.2011. Tuan nyer badan sendiri dah lupa.. dah ditarik Allah sikit demi sikit ingatan ini. Dah byk kali sangat lupa..


( Perhatian, kek di atas bukanlah hasil tgn penulis sbb penulis hny tahu mkn je.
Gmbo ni pun curik dari web .Tq kpd tukang lukis )

November ni byk event gak dlm hidup penulis ni. 1st, of coz la bulan ku dilahirkan oleh ibunda tercita. Then nikah 25.11.1999. Majlis perkahwinan 27.11.1999. Dpt anak pertama 15.11.2001 ( 15hb tarikh lahir en.asben penulis & bulan 11 tu, bulan kelahiran penulis lee..) Apa2 pun bersyukur kpd Allah di atas nikmat yg tak terhitung byknya yg telah dipinjamkan –Nya sepanjang perjalanan kehidupanku Ya Allah. Byknya aku terlupa utk mensyukuri nikmatMu ... bila hati sedang gembira, namun aku kan cepat2 menghampiriMu bila aku dilanda duka & musibah.. semata2 utk mengadu kpdMu. Alangkah malunya aku, bila dtg muhasabah diri..Namun Engkaulah Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Menginjak usia 40an terasa cepatnya usia mudaku berlalu pergi..Berapa bykkah amalan yg bakal dibawa…? Solat2 fardhu? Solat2 sunat ? Fardhu Ain ? Fardhu Kifayah ? Amal Jariah ?Semuanya menakutkan jika dihitung..! Terasa benar kedhaifan diri dlm mempersiapkan diri ke sana…Sedangkan kalau nak balik kampung tau je siapkan bekalan makanan sebanyaknya takut tak cukup makan ,diri & anak2. Astaghfirullah..Wa atubu ilallah.

Bersama Tahun Baru Islam ini, moga sinar penghijrahan ke arah sesuatu yg lebih baik akan mengiringi perjalanan kita semua. Ingatan buat diri ini & pembaca yg sudi singgah di blog ini agar jgn jemu berdoa & bergantung harap kpdNya di saat susah & senang kita kerana KITA AKAN MASUK KE SYURGA ALLAH HANYALAH DGN RAHMAT ALLAH JUA.







No comments:

Post a Comment