Sunday, 19 July 2009

DOA PERLINDUNGAN YANG DIAJAR KEPADA RASULULLAH

Bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjungan Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitab al- Muwatta’. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra".

Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua


و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ

وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ

مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ

وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا

وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ

وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا

وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ



Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat kau ucapkan. Jika engkau membacanya, maka obor itu akan padam dan dia (jin itu) akan jatuh dengan mulutnya (tersungkur), Rasullullah menjawab, "Ya", Jibril lalu berkata, bacalah :-

Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik dan pendosa, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dan kejahatan yang naik padanya, kejahatan yang ditabur di bumi dan kejahatan yang keluar darinya, dari fitnah malam dan siang serta yang datang di malam dan siang kecuali yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih.



.......................Dicopy bulat2 dari www.ustazamin.com

Saturday, 18 July 2009

SEMINAR SEHARI KUASA PENGGUNA

Emm..hari ni berseminar lagi buat yg kesekian kalinya..tapi takpe..ilmu. Dekat je,di Hotel Selesa, Pasir Gudang.

Dah daftar, kami mengikuti agenda pertama…paling penting… iaitulah Acara Makan. Penting ni weh, kalau perut kosong,mcm2 yg akn terjadi, antaranya terdgr melodi2 yg akn berbunyi dgn sendirinya dan juga menziarahi ke alam mimpi. Burrp… alhamdulillah,kenyang. Menu : Nasi lemak, Bee Hoon Goreng, Kuih- muih dan buah. Gedebak gedebuk,kul 9 lbh skit baru start. Ni la penceramah yg sudi menambahkan ilmu buat kami hari ni:

Prof. Dr Jariah Masud (Presiden MACFEA)
&
En.Hisham Harun (Persatuan Pengguna Johor Bahru)



Pamplet Seminar

Ke Dewan Seminar (Ball room):

Antara peserta yg hadir,…

Termasuklah diri sendiri.....

Dalam berseminar, sempat gak Prof. buat sikit aktiviti utk kami.Kami dipecahkan kpd beberapa kumpulan mengikut nombor yg disebut.

Arahan pertama :Setiap org dlm kumpulan diminta lakarkan garisan lurus pd kertas mahjong

(gaya bebas). Ni yg kami hasilkan…

Arahan kedua: Setiap kumpulan bina 1 bangunan yg m’punyai 11 garisan. Jeng..jeng…ni yg kami
lukis. Cantik tak? Cakap jer la cantik…
Dah siap,semua orang dikehendaki round the world, nengok org lain punya kreativiti. Dahsyat, mcm2 ada,sampaikan bentuk bulat pun ada????? Padahal arahan tadi suruh lukis garisan saje...ayoyo..
Eh..jap..jap...mcm nampak seseorang je tgh2 "tawaf" tu... oh mek yah rupanya..jiran sebelah...


Lepas tu,kami diberikan 2 helai kertas A4 plak. Arahannya : Sila lipat 2 kertas anda,koyakkan skit hujung sebelah kanan.Lipat lagi,koyakkan lagi skali hujung kanan kertas.lipat lg skali, koyakkan hujung kanan kertas, lepas tu ..bukak.. Bila dibenarkan bukak tgk hasil kerja masing2, ha kau.... mcm2 bentuk ada, termasuklah org yg menulis blog ni. 2 kali buat, 2 hasil yg b'beza...
Maka, sbgaimana sifu DF ckp,buat2 le kesimpulan kalau dh gi seminar ke kursus ke.. Jadi mengikut kefhmn patik,inilah antara yg dpt disimpulkan:
  • Kita sbg pengguna perlu tau hak & t.jwb kita sbg pengguna
  • Kepentingan pengurusan kewangan yg baik
  • Beza antara keperluan & kehendak semasa & masa hdpn
  • Sumber terhad,kehendak tidak terhad
  • Persatuan Pengguna hny blh menasihati pengguna yg melaporkan kes,agar dipnjgkan kes tersebut ke Mahkamah Tribunal Pengguna jika ingin diadili hak kita.
Dah ada kesimpulan,ertinya dh tamatlah seminar ni. Urusetia mengucapkan terima kasih dan mempersilakan untuk menikmati lunch. Tapi oleh kerana masa nak keluar pintu, dah ada separuh sijil dah siap, tengok ni, berebut2 lak nak amik sijil dulu. Padahal urusetia kata,makan le dulu.....
Bila pandang depan,dewan secepat kilat dah kosong. Masing2 dah berkeroncong perutnya....
Tapi, kami bawak balik kenangan dari seminar ni......

Jurnal Pengguna, Beg Comel
&...........


Sijil la, apa lagi..


Thursday, 16 July 2009

Selamat Pergi, Selamat Kembali..

Minggu depan,Sifu merangkap tuan rumah Darul Farhan nak berangkat, bermusafir meninggalkan rakan2 seoffice, berkorban meninggalkan keluarga kerana.. “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”.Gitulah ainoor, jgn sedih krn ni langkah pertama pengorbanan seorang ibu yg bekerjaya. Semua penjawat awam, itulah antara tuntutannya.. Moga Dia membalas & memberikan kita lebih lagi dari kesedihan hati kita terpisah dgn suami & anak2.

Pengalaman yg kita dpt lebih2 lg di tempat org,kan jd satu pengalaman manis yg akn kita kenang suatu hari nanti. Sekurang2nya kita melaluinya sendiri, bukan hanya mendgr cerita org. Ari ni tuan rmh DF nmpk kurang bersemangat, kurang ceria,agak keletihan dan dari sinar matanya spt sdg memikirkan sst. Kita fhm kedudukan awak, simpati..tp dlm masa yg sama kita tau, awak seorang wanita,anak,isteri & ibu yg kuat,tabah semangatnya. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat.


Tgk la ni,si tuan rmh DF ni busy manjang ari ni. Maklumla nk siapkan kerja2 yg bakal tertangguh. Kita org tabik la kat awk. Amanah & komited pd kerja & b’tggungjwb..

Sudahnya.. aaaaaaaaaaaa..tuan rmh menjerit sbb perasan ada paparazzi. I’m sori….


Wednesday, 15 July 2009

Indahnya Kata2, Pengubat Jiwa...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi....."




Monday, 6 July 2009

Dunia Sudah Terbalik.....

Niat dalam hati ni kononnya nak le tulis ikut kronologi kehidupan dari muda dulu sampai la ni...Tp sering ketandusan idea. Untuk tidak menghampakan mek yah yg selalu melawat halaman rumah ku & tanpa disuruh2 bg makan ikan dlm akuarium smpai kenyang baru balik, kira masukkan lah gak sikit cter.

Cternya x ler best sgt, ni ha ..kisah 2 org bintun ku yg ntah hape2... nengok la ni yah..ade ke adiknya yg kemetot tu tolong kasi susu kat akak dia (as u know la,akak dia dh sekolah tadika pun, tak leh b'pisah sejauh 2 marhalah lagi dgn botol tu..kira org lain bantal busuk,dia botol busyuk )


Friday, 19 June 2009

Perjalanan Kehidupan

Setelah hampir sebulan,baru ari ni nk top up blog. Maklum la,bakat menulis dah pudar. Just nak imbas kembali sejarah masa belajar dulu2...

Alkisahnya, 29 tahun yg lalu, tu lah detik pertama ke sekolah, 1980 di Sek.Keb.Pusat Dungun. tapi sempat 1 tahun je kat sana.Rasanya sorang je nama cikgu yg aku ingat,Cikgu Khadijah,tu pun dah lupa ajar ape.Anyway bakti cikgu2 lain yg pernah ajar aku masa mula aku berkenalan dgn ilmu Allah,sentiasa aku kenang dan aku doakan kerahmatan dari Allah. Dan sahabat yg kekal berhubungan sampai kini, Ukhti Najihah yg skrg dh bergelar pensyarah di UDM ( KUSZA ).

1981 mulalah aku pindah ke daerah tumpah darahku di Kg Padang Midin.Maka skolah pun kt Sek.Keb.Padang Midin la.. Ikut abah sebenarnya.Dulu abah ngajo kt Sek.Men.Agama.Sultan Ismail Dungun (SMASID),anak pun skolah dkt2 situ. Ni abah pindah ke Sek.Men.Agama Marang, anak2 pun sekolah le kt kg asal. Byk kenangan masa skolah.Bahgia masa knk2,wpun byk kali kena rotan dgn abah sbb suka explore lps abis skolah. Dlu explore bukan di alam cyber,tp di alam realiti..pnjt pokok, pncing ikan,cari beliung (pepatung) tgh2 pns terik cari umpan mancing, gi baruh (sawah) dll lagi . Aktiviti byk m'jurus ke dunia lelaki,wpun awak tu pompuan.. Heee...... Main msk2 jarang sgt sbb semua org suka aktiviti yg org ramai buat. Habih,dlu mane le ada Astro. Standard tv start kul 3 ptg (ala,tv dlu yg ada pintu yg boleh tutup bukak tu),so nk smpai kul 3 tu punya le boring,klu ari yg takde kelas frdhu 'ain, tu yg explore.Start je tv,masa tu cter yg paling top...jeng..jeng...jeng... Hayata menjadi ultraman... Biasanya ramai2 kumpul rmh tokki zam, bukan takde tv kt umah,saje suka tgk ramai2.Lps tu,bising,kena sound dgn tokki. Dasar muka tembok,sok pi lagi..Masa tu,aku pnya geng kg yg sama jantina 2 org je..zam (Rohaida Aizam) dgn za (Zaharah).Kiranya antara 3 org tu aku la yg paling junior.Hiii...Tp,skrg dah dgn haluan masing2.Ye la..umur masing2 dh merangkak ke angka 40.Ya Allah,dh tak berapa muda rupanya..Apa2pun aku merafa'kan syukur pdMu Ya Allah krna masih mengizinkan perjalanan denyut nadi ini,mg dgn bertambahnya umur diiringilah dgn bertambahnya iman dan ssuatu yg lbh baik dr hari semlmnya. Insyaallah..

Eh,lupa lak nk cter bab sekolah aku ni. 1981-1985,aku di Sek.Rendah.Padang Midin . Bersama2 dgn rakan2 seperjuangan yg masa tu blm mengerti ttg kehidupan yg m'cabar spt knk2 hari ini. Bila dikenangkan,beribu syukur rasanya krna kehidupan kami sbg knk2 dlu tidaklah begitu m'cbr spt knk2 di usia sek.rndah skrg. Kami dlu begitu hormat dgn guru (wpun ada segelintir yg out) dan apa2 perkara mazmumah yg kita hadapi dewasa ini,kami tak prnh mengalaminya. Cuma kami rasa risau dgn dunia yg anak2 kami jalani skrg.Hanya pd -Nya kami mohon perlindungan dr segala yg buruk,mohon dijauhi.Sinarilah hidup kami dgn nur & hidayahMu Ya Allah.Hijabkanlah hati kami & anak kami serta seluruh umat Islam dr t'dorong dgn perkara2 yg m'calonkan kami sbg bahan bakar api neraka. Guru2 yg prnh mengajarku..
( ramai yg masih dlm ingatan,tp lupa nama) seingat aku Cikgu Fatimah,Cikgu Rokiah(Math), Cikgu Zaleha,Cikgu Latiff,Cikgu Chin Mei Chin (org Perak)-(English), Cikgu Ismail (Sains), Ustazah Maryam,Ustaz Aman,Ustaz Man Itam ( Agama),Cikgu Abdul Rahman, (BM) dan ramai lagi yg tak tersebut di sini (nnti k ingt akn diupdate kan..ampun...).Rakan2 yg masih dlm ingtn masa tu Norhayati Embong(best friend..dgrnya skrg jd nurse), Suzanawati Ismail,Rozita Mahmud,Suhana,Salasiah,Wan Zainab,Rohani,Norhayati Wahab,Saiful Zainon,Zaili,Wan Asoha,Adib Rahiman Abd Ghaffar,Ubaidillah Harun,Azman Abd Aziz,Zainon, Tajuk Delima,Nordiyana, Saloma, alah...ramai lg,tp x ingt nama.sori bebyk..bab2 nama failed betul,tp muka tu insyaallah ingat...